majulah sukan untuk siapa?



Kehadiran ahli-ahli politik mengepalai badan-badan sukan didalam negara kita boleh disifatkan sebagai agen yang melembabkan kemajuan atlit-atlit negara. Ahli-ahli politik ini sering mengambil "spot light" apabila sukan yang presidenkan oleh mereka berjaya menjuarai sesuatu, padahal mereka datang dan pergi dengan nasib politik mereka. Ramai pentadbir-pendtadbir sukan dan jurulatih bermutu terpaksa mensia-siakan bakat mereka kerana para ahli politik tertentu sibuk menguasai banyak jawatan yang penting. Dah lah tu, ada dikalangan ahli politik yang buruk perangai, suka merajuk ... sering mengugut nak letak jawatan. Para atlit yang tidak berdisiplin sering pula terlepas dari hukuman kerana mereka boleh merayu kepada ahli-ahli politik yang berpengaruh. Oleh itu, kita sering melihat atlit-atlit manja dan banyak mensia-sia bakat mereka akibat boss yang tak perihatin atau betul-betul berminat dalam sukan..nak glamer je.