Kepentingan Membaca Buku Berkualiti

Kita selalu di ingatkan akan kepentingan membaca.  Dengan majunye sistem percetakan, kita dapat menikmati bermacam-macam jenis bahan bacaan di pasaran.  Walaubagaimanapun, peluang ini kita harus ambil dengan sebaik-baiknya dengan membaca jenis-jenis bacaan yang berkualiti dan berbagai.

Bagi remaja, bahan bacaan amatlah penting kerana ia boleh membentuk mentaliti di alam dewasa.  Oleh sebab itu lah para ibu bapa harus mengawasi dan memberi dorongan kepada anak-anak dari usia yang muda untuk membaca terutamanya dizaman persaingan diantara buku dan komputer.  Ibu bapa di Malaysia terutamanya harus berhati-hati kerana dipasaran terbuka terdapat banyak bahan-bahan bacaan yang hanya layak dibuang kedalam tong sampah.  Kita juga harus mengalakkan anak-anak untuk membaca buku-buku didalam bahasa inggeris bukan sahaja untuk meningkatkan penguasaan mereka didalam bahasa tersebut tetapi jugak untuk meluaskan pandangan kita tentang perihal dunia. Akhir sekali, sebagai ibu bapa dan orang dewasa, kita sendiri haruslah menghindar diri dari membaca bahan-bahan tahi murahan dan gossip yang mudah didapati dipasaran.  Kita harus ingat prinsip ekonomi yang paling asas, kalau tidak ada "demand" masakan ada "supply".  Buang yang jijik ambil yang berkualiti.