Hapuskan atau kaji semula peranan penganugerahan gelaran-gelaran Datuk, Datuk Seri, Datuk Panglima (my favorite) Tan Sri, Tun dan sebagainya. Rakyat Malaysia memberi terlalu banyak penghormatan (respect) kepada individu-individu bergelaran ini dan ini menimbulkan suasana kelainan taraf sosial. Selalunya orang-orang bergelaran ini dipandang tinggi dan dianggap mempunyai status yang lebih dari rakyat biasa sehinggakan kita rasa segan untuk menegur mereka. Kalau tujuan sebenar penganugerahan gelaran-gelaran ini adalan untuk menghargai jasa-jasa individu tertentu, masakan hanya ahli politik dan perniagaan sahaja yang sering mendapatnya? Ramai lagi rakyat Malaysia yang layak jika kriteria ini digunakan...ramai guru-guru, aktivis sosial, badan-badan sukarelawan dan sebagainya yang banyak menyumbang kepada kamajuan negara (cuma jawatan mereka tidak glamer kot)