Kalau Tidak Ada Angin Masakan Pohon Bergoyang?

Kalau tak rasuah, takde moral masakan kena "bapak" dia yang bela dia dekat 20 tahun sanggup buat camni ?

Kalau tak betul, takanlah orang ada cerita, kalau tak betul sedikit pun mestikan suratkabar buat liputan besar-besaran?

Kalau bersih, mesti mahkahmah dah bebaskan

Kalau tak kena upah mereka mesti tak berani berdemo

 

sepatutnya...

Kalau Tidak Ada Akar Kuat Mestilah Pohon Bergoyang

Kalau kita mempunyai pendirian kuat yang beteraskan ilmu dan kesedaran, akar atau tunjang masyarakat dan sosiopolitik negara akan sentiasa dipengaruhi oleh propaganda-propaganda pihak yang berkepentingan tertentu. Pohon masyarakat bergoyang, bukan sahaja kerana angin betiup tetapi didalam kehidupan moden ini, angin boleh dikilangkan dalam berbagai-bagai bentuk seperti khabar angin, surat layang, suratkhabar sampahan dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, agen-agen angin yang bukan semulajadi ini hanya berkesan jika masyarakat sasaran telah dikenalpasti mempunyai akar yang lemah. Walaupun plot yang dibuat amatlah nyata kekurang kredibilitinya, namun akar masyarakat yang lemah membolehkan berbagai bentuk kezaliman berterusan. Langkah pertama bagi akar-akar yang lemah ini untuk memulihkan pohon masyarakat Malaysia ialah memahami peranan mereka didalam membantu angin-angin palsu secara tidak langsung dalam operasi mengoyangkan pohon. Selepas pembebasan dari belengu budaya akar lemah itu barulah tindakan aktif dan progresif dapat dijalankan. Jika tidak akar-akar ini akan selamanya membuat alasan dan cuba mebebaskan diri mereka dari tanggungjawab kemasyarakatan madani dengan menyalahkan angin sebenar dan membuat tak tahu tentang angin-angin palsu yang mempunyai kuasa politik dan kewangan.